•  
logosmall.png

 

CALL FOR PAPERS &.
SEMINAR MASYARAKAT MADANI 2024Tema Seminar: “Ke arah Pembinaan Peradaban Insani”

 

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) mengundang para ilmuwan, sarjana dan penyelidik untuk sama-sama berkongsi pandangan dan idea mereka dalam memperkasakan lagi gagasan Masyarakat Madani Malaysia yang dicetuskan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Pandangan dan idea tersebut bolehlah dicurahkan melalui kertas kerja sama ada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris yang kemudiannya akan dimantapkan lagi perbahasannya dalam Seminar Masyarakat Madani 2024 pada 21 November 2024. Kertas Kerja yang terpilih akan diterbitkan dalam Keluaran Khas Jurnal TAFHIM, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Dua objektif berikut diharapkan dapat dicapai melalui pengumuman ini:

  1. Call for Papers : membuka undangan kepada para sarjana, ilmuwan dan ahli akademik untuk menyumbang idea dan pemikiran mereka berhubung tajuk  yang dicadangkan untuk diterbitkan dalam keluaran khas Jurnal TAFHIM IKIM. Masa yang diberikan adalah sehingga sebelum Seminar Masyarakat Madani 2024 diadakan pada 21 November 2024.
  2. Seminar Masyarakat Madani 2024 : Bagi kertas-kertas yang telah disaring dan terpilih, penulisnya akan dijemput untuk membentangkan kajian mereka dalam Seminar Masyarakat Madani 2024 pada 21 November 2024. 

 

NAMA PROGRAM

Call for Papers & Seminar Masyarakat Madani 2024

BUTIRAN PROGRAM

  • Tarikh seminar    : 21 November 2024 (Khamis)
  • Masa                   : 9.00 pagi – 4.00 petang
  • Tempat               : (Akan ditentukan kemudian)
  • Tema Kertas Kerja berdasarkan Enam tonggak dasar Masyarakat Madani Malaysia iaitu:
    • KeMampanan
    • KesejAhteraan
    • Daya cipta
    • HormAt
    • KeyakiNan dan
    • Ihsan.
  • Walau bagaimanapun, kertas kerja tidak terikat dengan enam tonggak tersebut tetapi boleh turut merangkumi sejarah, konsep, falsafah, cabaran pelaksanaan dan tema-tema yang berkaitan dengan Masyarakat Madani Malaysia.
  • Kertas Kerja hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
  • Tarikh penyerahan abstrak: 1 Julai 2024 melalui portal OJS Tafhim.
  • Keputusan penerimaan abstrak:  15 Julai  2024.
  • Tarikh penyerahan Kertas Kerja penuh: 21 Oktober 2024.
  • Tarikh pembentangan Seminar Masyarakat Madani: Khamis, 21 November, 2024.

Pembentang yang hadir untuk membahaskan kertas kerjanya yang terpilih dalam Seminar Masyarakat Madani 2024 akan menerima saguhati (honorarium), manakala yang terpilih untuk diterbitkan dalam Jurnal TAFHIM (Keluaran Khas)  turut akan menerima saguhati RM500.

 

tafhimsmall.png